All posts by Admin

Mental!
Mental! avatar

Pada 22 September 2012, satu Kursus Pengurusan Mental telah diadakan di SMK Kelibang. Kursus ini dianjurkan oleh pihak sekolah dan disampaikan oleh Kaunselor PPD Langkawi, En. Rasyid bin Hussien. Di dalam kursus ini, warga kerja SMK Kelibang didedahkan dengan maklumat tentang pengurusan mental dan juga isu-isu yang berkaitan dengannya. Pada masa yang sama, turut disampaikan maklumat tentang “Gangguan Seksual” sepertimana yang telah diarahkan oleh kementerian pada kakitangan sekolah.


Kembali bersemangat!!!
Kembali bersemangat!!! avatar

Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan kepada lebih kurang 300 pelajar merangkumi tingkatan 3 dan 5 yang menghadiri Program Motivasi Perdana PMR & SPM 2012. Program yang bertempat di Dewan KEMAS, Langkawi telah diadakan sebanyak 2 sesi iaitu pada 8 Julai 2012(Ahad) untuk pelajar-pelajar tingkatan 3 manakala pada 15 Julai 2012(Ahad) khusus untuk para pelajar tingkatan 5.
En. Zulkipli Othman, Pensyarah Jabatan Bimbingan & Kaunseling dari Institut Perguruan Malaysia cawangan Perlis telah dijemput untuk mengendalikan kedua-dua sesi tersebut yang menjurus kepada motivasi peperiksaan. Masa yang berlalu bermula dari pukul 7.30pagi hingga 4.30petang dirasakan terlalu singkat kerana segala ‘input’ yang disampaikan dihayati dan diasimilasi oleh pelajar-pelajar tersebut dengan penuh konsentrasi.
Tahniah! Kepada semua pelajar yang terlibat. Mudah-mudahan ilmu yang digarap memberi ‘output’ yang cukup berguna dalam kehidupan mereka amnya dan khususnya dalam mengharungi peperiksaan PMR & SPM yang bakal menjelma kelak.
Sekalung penghargaan kepada AJK Program yang menjayakan program ini. Jasa kalian sangat dikenang!

Program Motivasi Perdana SPMProgram Motivasi Perdana SPMProgram Motivasi Perdana SPMProgram Motivasi Perdana SPMProgram Motivasi Perdana SPMProgram Motivasi Perdana SPMMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMRMotivasi Perdana PMR

Cemerlang!
Cemerlang! avatar

AUDITORIUM LADA – 11JULAI2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang telah berjaya mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2012 yang Ke-8. Majlis tersebut bermula pada pukul 7.30 pagi dengan pendaftaran  pelajar dan ibu bapa mereka. Para hadirin datang dengan senyuman yang manis sekali dan perasaan bangga dengan kejayaan anak mereka. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Haji Mohd Rawi bin Abdul Hamid, Adun Air Hangat. Pngetua memulakan majlis tersebut dengan sepatah-dua kata ucapan dan ia dirasmikan oleh Adun Kawasan Kuah.

Persembahan pelajar yang menarik dan penyampaian anugerah telah menjayakan majlis tersebut. Semua ibubapa berasa bangga dan terharu dengan pencapaian anak mereka. Begitulah juga, guru-guru SMK Kelibang kerana merekalah yang diberi amanah untuk mendidik dan melahirkan insan yang berjaya dari segi jasmani, emosi, rohani, interlek yang kita nampak hari ini.

Di samping itu, hadiah cenderamata telah diberi kepada hadirin-hadirian dan jamuan diadakan kepada semua tetamu khas jemputan dan guru-guru yang bertugas. Majlis bersurai pada pukul 12 tengah hari.

Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7

Sentuhan Terakhir…
Sentuhan Terakhir… avatar

Pada hari 12 JULAI 2012,  pukul 2.00pm semua guru dan pelajar yang terlibat telah bekerja keras menjalankan raptai untuk menjayakan hari anugerah pada keesokan hari yang bertempat di Auditorium Lada. Semua pelajar dan guru memberikan kerjasama dan pengorbanan dari segi masa dan tenaga sepanjang proses tersebut berlangsung.  Tujuan mengadakan persediaan tersebut supaya melancarkan segala perjalanan semasa Hari Anugerah 2012 yang rasmi. Semua AJK guru yang terlibat diberi tugas masing-masing seperti persediaan hadiah cenderamata, persembahan, hiasan dewan dan pentas, pengacara majlis dan lain-lain. Manakala pelajar pula, mempraktik serta menajamkan kemahiran persembahan mereka dengan penuh semangat.

Persediaan Terakhir Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Persediaan Terakhir Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Persediaan Terakhir Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Persediaan Terakhir Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7Persediaan Terakhir Hari Anugerah Kecemerlangan ke-7

Berinformasi..
Berinformasi.. avatar

Hari ini, tanggal 14 April 2012, SMK Kelibang telah mengadakan Bengkel Pengurusan Fail Panitia dan Pengurusan Stok. Bengkel ini dilaksanakan di peringkat dalaman. Dua orang guru kanan yang bertindak sebagai penceramah untuk tujuan ini ialah Pn. Azita binti Mohd Razali dan Pn. Halimaton bin Md. Zain. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengemaskini fail-fail panitia matapelajaran yang terdapat di sekolah. Selain daripada itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi makluman kepada guru-guru baru dan juga untuk memperingati semula tentang keperluan dan kepentingan mengemaskini fail-fail tersebut bagi guru-guru yang sudah berpengalaman.

Dalam bengkel yang sama, taklimat mengenai Pengurusan Stok juga diadakan. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Nor Azizan bin Hussain, selaku Pembantu Tadbir sekolah yang bertanggungjawab mengurus pembelian dan pengurusan stok untuk pihak sekolah. Sesi pembentangan disusuli dengan soal jawab dan perbincangan bagi memantapkan lagi pengurusan stok diperingkat sekolah.

Bengkel ini diakhiri dengan respon oleh Penolong Kanan Pentadbiran, iaitu Pn Sa’diah binti Abd Samad terhadap beberapa soalan yang ditimbulkan semasa bengkel berlangsung dan rumusan bengkel oleh Pengetua, Pn. Hjh. Azizah binti Othman.

Bengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan Stok

Selamat Datang
Selamat Datang avatar

SMK Kelibang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengunjung ke Laman Rasmi SMK Kelibang ke atas kunjungan anda. Laman rasmi akan memberi membawa info-info terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dan juga pencapaian sekolah serta para pelajarnya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Terima kasih ke atas sokongan anda.