Category Archives: Umum

Mission Impossible!
Mission Impossible! avatar

Memilih lagu tema ‘ Mission Impossible ‘ sebagai gimik persembahan serta lakonan pertarungan hebat daripada Pengawas Pusat Sumber yang menggalas beg berisi buku membuatkan warga sekolah terpegun dengan Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah pada pagi tadi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Pn. Hajjah Azizah binti Othman dengan tema ‘ Baca Buku , Buka Dunia’. NILAM yang merupakan akronim bagi “Nadi Ilmu Amalan Membaca” bermatlamat membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sepanjang hayat. Jadi, membudayakan tabiat membaca bermakna menjadikan amalan membaca sebagai suatu cara hidup yang tiada penghujungnya.

Majlis dimulakan dengan deklamasi sajak ‘Mari Membaca’ oleh Puteri Shazana Mohd Jafari. Selain itu, Anugerah Gangsa, Perak dan Nilam turut diberikan kepada pelajar yang membaca buku terbanyak sepanjang tahun 2011/2012. Terdapat beberapa aktiviti NILAM yang dirancang oleh Unit Pusat Sumber antaranya satu jam bersama NILAM di Pusat Sumber Sekolah , Promosi Buku, Hadiah Pelajar Rekod NILAM terbanyak , Hadiah Guru dan Staf : Peminjam Buku Terbanyak , Bakul Pukal, Resensi Buku, Jejak Maklumat Buku, 15 minit Mari Membaca dan Kuiz Bestari. Unit Pusat Sumber Sekolah amat menggalakkan penyertaan daripada semua pelajar dan sokongan daripada semua guru SMK Kelibang.

Ingatlah ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’…….

Kecewa lagi!
Kecewa lagi! avatar

“Kecewa lagi!”. Itu merupakan ungkapan yang tepat mengenai nasib skuad bola sepak sekolah bawah 15  dan skuad bawah 18 yang mana gagal melayakkan diri ke separuh akhir. Sejarah seakan-akan berulang sepertimana tahun lepas, skuad bola sepak sekolah turut gagal melayakkan diri. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kerana pasukan bola sepak SMK Kelibang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cuma nasib tidak menyebelahi pasukan bola sepak sekolah kita. Usaha lagi tahun depan!

Lawatan Sekolah Utaraditdarunee, Thailand Meriah!
Lawatan Sekolah Utaraditdarunee, Thailand Meriah! avatar

Pada 10 Januari, satu lawatan rasmi dari Sekolah Wilayah Timur Thailand, iaitu Sekolah Utaraditdarunee. Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh 25 orang pelajar dan 10 tenaga pengajar. Turut hadir adalah pengarah sekolah tersebut, iaitu En. Monchai Pan dan Pegawai Perhubungan Antarabangsa Jabatan Pelajaran Wilayah Satun, Thailand, iaitu En. Romalee Somalee. Dalam kunjungan tersebut, Sekolah Utaraditdarunee telah menandatangani satu memorandum kerjasama dengan SMK Kelibang. Majlis menandatangi memorandum kerjasama itu telah dilaksanakan selepas kedua-dua buah sekolah membuat persembahan kebudayaan masing-masing.

Lawatan Sekolah Utaraditdarunee, ThailandLawatan Sekolah Utaraditdarunee, ThailandLawatan Sekolah Utaraditdarunee, ThailandLawatan Sekolah Utaraditdarunee, ThailandLawatan Sekolah Utaraditdarunee, ThailandLawatan Sekolah Utaraditdarunee, ThailandLawatan Sekolah Utaraditdarunee, ThailandLawatan Sekolah Utaraditdarunee, Thailand

Selamat Datang
Selamat Datang avatar

SMK Kelibang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengunjung ke Laman Rasmi SMK Kelibang ke atas kunjungan anda. Laman rasmi akan memberi membawa info-info terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dan juga pencapaian sekolah serta para pelajarnya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Terima kasih ke atas sokongan anda.