Category Archives: Ko-Kurikulum

Kami Johan Langkawi!
Kami Johan Langkawi! avatar

Kejohanan ini telah dijalankan pada 7 Februari 2015 (Sabtu) di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka.  Bermatlamat untuk mencapai kejuaraan keseluruhan bagi kejohanan ini SMK Kelibang telah menghantar barisan atlet seramai 32 orang iaitu 8 orang daripada setiap kategori.

Tetamu kehormat yang hadir pada kejohanan ini ialah Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi Tn. Hj. Marzuki b. Daud.  Tentatif kejohanan ini dimulakan dengan pendaftaran peserta daripada beberapa kategori.  Bagi sekolah menengah sebanyak empat kategori dibuka iaitu dua kategori bagi lelaki (18 L dan 15 L) dan dua kategori bagi perempuan (18 P dan 15 P).  Setelah itu acara dimulakan dengan melepaskan peserta mengikut kategori.

Kejohanan tersebut berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang juga mengikut kategori yang dipertandingkan.  Pencapaian yang amat memberangsangkan telah dilakukan oleh barisan atlet SMK Kelibang apabila sekolah kita muncul sebagai juara bagi kategori 18 L dan 15 L serta mencipta kejuaraan sebagai johan keseluruhan bagi Kejohanan Merentas Desa MSSD Langkawi 2015.

Sekalung tahniah kepada barisan guru pengiring dan atlet. Klik di sini untuk rakaman gambar aktiviti.

Kami menang!
Kami menang! avatar

Pada 23 hingga 24 Ogos lalu, Karnival Sains dan Tekmologi diadakan di SMK Agama Kedah. Pasukan dari daerah Langkawi telah menghantar beberapa wakil dari SMK Kelibang, SMK Ayer Hangat, SMK Mahsuri, SMK Kedawang, SMK Langkawi, SK Teriang, SK Ewa dan SK Penghulu Ahmad. Karnival yang diadakan selama dua hari tersebut mendapat sambutan dari pelbagai pihak.

Pusat Sains Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara turut menjayakan karnival tersebut. Penyertaan dari daerah Langkawi amat membanggakan. Pasukan Langkawi mengambil semua bahagian yang dianjurkan. Kejayaan yang lebih membanggakan apabila anak didik dari SMK Kelibang mendapat tempat kedua dalam bahagian Solar Car. Kejayaan tersebut mengharumkan nama SMK Kelibang dan seterusnya daerah Langkawi.

Klik disini untuk melihat rakaman aktiviti yang dijalankan disepanjang Karnival Sains dan Teknologi peringkat Negeri Kedah.

Kekecewaan Lampau Terubat Jua….
Kekecewaan Lampau Terubat Jua…. avatar

Pasukan bola jaring bawah 18 tahun sekadar berpuas hati untuk meraih tempat ke tiga setelah kecundang dengan jaringan 10 – 4 kepada SMK Tunku Putra pada saingan separuh akhir pertama yang berlangsung di Dewan Futsal Kompleks Sukan LADA pada 17 Mac yang lalu.

Walaupun hanya sekadar tempat ke tiga, permainan yang ditunjukkan oleh anak didik Pn Amira beserta guru-guru seangkatannya haruslah dibanggakan. Pasukan ini memberi saingan sengit pada peringkat kumpulan di mana menang ke tiga-tiga perlawanan dalam kumpulan A dengan MRSM, Maktab Mahmud dan SMK Ayer Hangat dan muncul sebagai johan kumpulan.

Bagi pasukan bawah 15 tahun yang bertanding pada 18 Mac 2013, gagal memenangi saringan peringkat kumpulan bersama-sama SMK Mahsuri dan MRSM setelah tewas 2-6 dan 1-8. Pemain-pemain muda Kelibang terpaksa akur walaupun telah berusaha sehabis baik untuk memenangi perlawanan.

Sila klik disini untuk melihat sebahagian kejohanan tersebut.