All posts by Admin

Hebat! The Kellys Spartan…
Hebat! The Kellys Spartan… avatar

Tahniah diucapkan kepada semua atlit dan juga jurulatih yang berjaya membolot semua tempat pertama dalam setiap kategori di Pertandingan Road Relay Luar Musim peringkat MSSD Langkawi pada 13 November 2017. Pertandingan yang bertempat di MRSM Langkawi.

Rakaman detik perlawanan boleh didapati di sini.

Cemerlang 2017…
Cemerlang 2017… avatar

Pada 30 Mac 2017 telah berlangsungnya program tahunan yang utama, iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Marzuki bin Daud, iaitu Mantan Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi dan juga Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan kehadiran penerima anugerah bersama waris-waris mereka, termasuk tetamu-tetamu  jemputan dari pelbagai sekolah serta agensi-agensi lain.

Penyampaian anugerah dimulakan dengan kecemerlangan pelajar dalam bidang Kokurikulum, diikuti pelajar-pelajar pendidikan khas serta penghargaan kepada agensi-agensi kerajaan yang hadir. Diikuti pula dengan persembahan daripada pelajar-pelajar SMK Kelibang. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan pelajar dalam bidang Kurikulum termasuklah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PT3 dan juga SPM bagi sesi 2016.

Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah khas, iaitu Anugerah Tokoh Murid, Anugerah Khas Pengawas Sekolah dan Anugerah Khas Pengawas Pusat Sumber.

Klik sini untuk rakaman pada majlis tersebut.

Tahniah!
Tahniah! avatar

Tahniah kepada Pasukan Olahraga The Kellys yang berjaya merangkul 13 Pingat Emas, 13 Pingat Perak dan 11 pingat Gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Langkawi kali Ke-30 yang telah berlangsung pada 13 hingga 16 Mac 2017 yang lalu. Dengan pungutan pingat tersebut secara tidak langsung SMK Kelibang menduduki tempat ke2 secara keseluruhan bagi kategori sekolah menengah mendahului SMK Ayer Hangat dan SMK Tunku Putra. SMK Mahsuri berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai juara bertahan walaupun mendapat saingan hebat dari SMK Kelibang dan juga SMK Ayer Hangat. Tahniah kepada semua pemenang. Klik sini untuk rakaman pada kejohanan tersebut.

Perutusan Pengetua
Perutusan Pengetua avatar

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

ahmad-md-isa

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka laman rasmi SMK Kelibang ini dapat dibangunkan. Objektif utama penghasilan laman rasmi ini adalah untuk memberi maklumat kepada semua pihak terutamanya para ibubapa tentang aktiviti-aktiviti terkini pihak sekolah dalam usaha mencemerlangkan para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum, pembangunan sahsiah mahupun Kokurikulum. Harapan pihak sekolah agar dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman rasmi ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya ibubapa di atas kejayaan anak-anak mereka.

Merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) diharapkan semua murid dapat menguasai semua aspirasi berkenaan iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika kerohanian, identiti nasional. Untuk itu Laman Web ini berperanan partisipasi mereka secara maya dari aspek menyumbang karya dan maklumat berkaitan.

Fokus utama SMK Kelibang dalam tahun 2017 ini ialah untuk meningkatkan pencapaian guru dan pelajar dalam semua bidang selaras dengan Visi dan Misi sekolah ini. Sehubungan dengan itu komitmen dan kerserasian antara guru dan murid melalui motto baru sekolah iaitu Selangkah Sederap, Seiring Sebahu diharapkan akan menjadi pemangkin dan pemaju arah dengan lebih berkesan.

Akhir kata, saya menyeru semua guru dan pelajar untuk sama-sama kita sederap meneruskan perjuangan yang belum selesai ini dengan ikhlas dan berlandaskan prinsip Ubudiyah (Pengabdian terhadap Allah), Mas`uliah (sentiasa berwaspada dan bertanggung jawab ke atas apa yang dilakukan)  dan Itqan (melaksanakan sesuatu amal atau kerja dengan cara yang bersungguh-sungguh). Mudah-mudahan kerja buat kita diterima sebagai ibadah dan dapat menjayakan visi dan misi sekolah sepanjang masa, Insyaallah.

AHMAD BIN MD ISA
Pengetua
SMK Kelibang, Langkawi
29 Disember 2016

Lari?
Lari? avatar

SMK Kelibang, Langkawi – Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang telah berlangsung dengan meriah pada 21 Januari 2016. Acara ini dimulakan dengan pemanasan badan mengikut rumah sukan masing-masing. Kemudian,  para pelajar perempuan telah dilepaskan oleh pengetua sekolah bermula dari pagar utama sekolah . Selepas itu, diikuti dengan pelepasan pelajar lelaki. Setiap kilometer telah diadakan 5 perhentian.

Acara merentas desa ini telah dilaksanakan sempurna dan berjalan mengikut masa yang ditetapkan . Keseluruhannya peserta-peserta begitu gembira dan bersemangat untuk menamatkan larian mereka.Walaupun peserta perempuan telah dilepaskan terlebih dahulu, namun peserta lelaki berjaya menamatkan larian bersama peserta perempuan. Sepanjang perjalanan acara ini, tidak ada kecederaan atau kecemasan yang serius berlaku. Namun terdapat seorang murid pengsan setelah menamatkan lariannya.

Acara penyampaian hadiah telah diadakan sebaik sahaja tamat larian. Semoga acara ini dapat diteruskan lagi ditahun akan datang.

Klik disini untuk rakaman gambar pegun pada hari kejadian.

 

BADAN CERGAS, OTAK CERDAS
BADAN CERGAS, OTAK CERDAS avatar

Pada 21 January 2016 , Sekolah Menengah  Kebangsaan Kelibang telah mengadakan hari sukan Merentas Desa bagi peringkat sekolah untuk dipilih mewakili peringkat daerah, aktiviti ini turut terlibat para guru dan semua murid SMK Kelibang. Aktiviti ini telah bermula pada pukul 8.00 a.m  hingga 1.00 p.m dan telah diadakan di padang sekolah SMK Kelibang.

Bermula pada pukul 7.30 pagi, pelajar telah berkumpul di tapak perhimpunan untuk  dibahagikan kepada  kumpulan rumah sukan untuk memberikan reben mengikut warna rumah sukan, dalam pada masa itu pelajar  disuruh untuk mengambil gambar bersama ketua guru rumah sukan  untuk menjadi kenangan di tapak perhimpunan, sebelum pelajar diarahkan untuk turun ke padang  guru telah memberikan sedikit nasihat tentang keselamatan diri kepada pelajar SMK Kelibang. Pelajar telah diarahkan oleh ketua rumah sukan masing-masing  untuk membuat sedikit senaman bagi merenggangkan badan dan guru rumah sukan turut memberikan  kata- kata  semangat bagi pelajar SMK Kelibang, seterusnya pelajar  dilepaskan mengikut tingkatan masing-masing. Bagi memulakan aktiviti murid telah dikumpulkan di garisan permulaan mengikut tingkatan masing-masing,

Aktiviti Merentas Desa, diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua, iaitu Yusri bin Bappu, Puan Sa’diah, Tuan Haji Isham dan Puan Azita.

Klik disini untuk rakaman gambar pegun pada hari kejadian.