Menang lagi!
Menang lagi! avatar

Berbekalkan semangat kemenangan Tempat Kedua  pada tahun 2010, Pasukan Futsal Sawah wanita SMK Kelibang telah menghantar dua pasukan bagi meneruskan perjuangan bagi Pesta Emping 2012 yang bertempat di Laman Padi,Langkawi. Pasukan Sempoi FC yang diwakili olen Cik Haryanti, Cik Saiyidah, Cik Suriany dan empat orang pelajar sekadar mendapat naib johan Kumpulan A. Namun begitu, semangat berpasukan yang ditunjukkan membuatkan pasukan lain gerun untuk turun sawah berhadapan dengan mereka.

Pasukan kedua, Banananaa FC yang diwakili oleh Cik Muniroh, Pn Ummu Hani dan lima orang pelajar lain telah pun mengalahkan Pasukan Garuda Biru (1-0) dan Pasukan X (1-0) untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Namun, Banananaa FC terpaksa tunduk dengan kehebatan Geopark FC dengan mendapat (0-2) diseparuh akhir. Bagi menentukan tempat ke tiga dan keempat, Pasukan Banananaa FC mendapat seri 0-0 ketika menentang UnderWaterWorld FC sehingga masa tamat. Banananaa FC telah mendapat tempat ketiga setelah menang dengan sepakan penalti (1-0) yang telah diambil oleh Nur Ashyiqin bt Jat dan NorAzwani. tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Jumpa lagi di Pesta Emping 2013!!

Mission Impossible!
Mission Impossible! avatar

Memilih lagu tema ‘ Mission Impossible ‘ sebagai gimik persembahan serta lakonan pertarungan hebat daripada Pengawas Pusat Sumber yang menggalas beg berisi buku membuatkan warga sekolah terpegun dengan Majlis Pelancaran NILAM peringkat sekolah pada pagi tadi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Pn. Hajjah Azizah binti Othman dengan tema ‘ Baca Buku , Buka Dunia’. NILAM yang merupakan akronim bagi “Nadi Ilmu Amalan Membaca” bermatlamat membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sepanjang hayat. Jadi, membudayakan tabiat membaca bermakna menjadikan amalan membaca sebagai suatu cara hidup yang tiada penghujungnya.

Majlis dimulakan dengan deklamasi sajak ‘Mari Membaca’ oleh Puteri Shazana Mohd Jafari. Selain itu, Anugerah Gangsa, Perak dan Nilam turut diberikan kepada pelajar yang membaca buku terbanyak sepanjang tahun 2011/2012. Terdapat beberapa aktiviti NILAM yang dirancang oleh Unit Pusat Sumber antaranya satu jam bersama NILAM di Pusat Sumber Sekolah , Promosi Buku, Hadiah Pelajar Rekod NILAM terbanyak , Hadiah Guru dan Staf : Peminjam Buku Terbanyak , Bakul Pukal, Resensi Buku, Jejak Maklumat Buku, 15 minit Mari Membaca dan Kuiz Bestari. Unit Pusat Sumber Sekolah amat menggalakkan penyertaan daripada semua pelajar dan sokongan daripada semua guru SMK Kelibang.

Ingatlah ‘Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya’…….

Lagi-lagi kalah!
Lagi-lagi kalah! avatar

Bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Langkawi telah berlangsungnya Kejohanan Bola Baling (wanita) Majlis Sukan Sekolah-sekolah peringkat Daerah Langkawi. Sebanyak tujuh buah sekolah termasuk SMK Kelibang telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Namun begitu, nasib langsung tidak menyebelahi pasukan kami di mana kalah berturut-turut 4-0 ketika menentang SMK Ayer Hangat,  2-1 menentang SMK Mahsuri dan mendapat 3-1 ketika menentang SMV Langkawi. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada para pemain dan guru-guru pengiring atas usaha yang berterusan dan komitmen yang diberikan sepanjang latihan dan kejohanan. sekian.

 

Kecewa lagi!
Kecewa lagi! avatar

“Kecewa lagi!”. Itu merupakan ungkapan yang tepat mengenai nasib skuad bola sepak sekolah bawah 15  dan skuad bawah 18 yang mana gagal melayakkan diri ke separuh akhir. Sejarah seakan-akan berulang sepertimana tahun lepas, skuad bola sepak sekolah turut gagal melayakkan diri. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kerana pasukan bola sepak SMK Kelibang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Cuma nasib tidak menyebelahi pasukan bola sepak sekolah kita. Usaha lagi tahun depan!

Semangat MERAH Juara Lagi!!
Semangat MERAH Juara Lagi!! avatar

Tanggal 18.02.2012 telah menjadi tarikh yang amat bermakna bagi warga SMK Kelibang terutamanya pasukan rumah merah yang menggondol juara di Kejohanan Olahraga SMK Kelibang. Bahang kehangatan lebih terasa pada hari tersebut apabila pasukan rumah sukan masing-masing ingin menunjukkan kekuatan dan kehebatan yang ada. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan rumah sukan SMK Kelibang yang telah bertungkus lumus dengan jayanya bagi menjayakan Kejohanan Olahraga SMK Kelibang. Juara keseluruhan jatuh kepada pasukan rumah remah, manakala tempat kedua pasukan rumah hijau, tempat ketiga rumah biru dan tempat keempat rumah kuning. Olahragawan pada tahun ini disandang oleh Muhammad Husaini bin Harun dari kelas 5PD dengan kutipan 4 pingat emas dan olahragawati disandang oleh Nur Shafawati dari kelas 5PD dengan kutipan emas sebanyak 3 pingat emas.Tahniah diucapkan sekali lagi kepada kedua-dua olahragawan dan olahrawati SMK Kelibang. Semoga terus maju dalam bidang kesukanan.

Ilmu | Ikhlas | Berkat