Kata Aluan

Yusri bin BappuAssamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Selamat Sejahtera.

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka laman rasmi SMK Kelibang ini dapatdibangunkan. Objektif utama penghasilan laman rasmi ini adalah untuk memberi maklumat kepada semua pihak terutamanya para ibubapa tentang aktiviti-aktiviti terkini pihak sekolah dalam usaha mencemerlangkan para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum, pembangunan sahsiah mahupun ko-kurikulum. Harapan pihak sekolah agar dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman rasmi ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya ibubapa di atas kejayaan anak-anak mereka.

Fokus utama SMK Kelibang bagi tahun 2015 ialah memberi tumpuan kepada PdP dalam bilik darjah. Mengembalikan pendekatan paling asas dalam proses pendidikan iaitu “Guru Mengajar, Murid Belajar” serta dilanjutkan kepada “Mengajar Sampai Dapat, Belajar Sampai Boleh”. ¬†Semoga laman rasmi ini dapat dijadikan platfom bagi membantu merealisasikan hasrat murni tersebut. Saya amat yakin dan penuh percaya sekiranya semua warga SMK Kelibang faham, jelas, menerima dan komited sudah pasti apa saja yang dihajati akan dapat dicapai menerusi pendekatan kerja sepasukan secara kolaboratif.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita majukan SMK Kelibang agar setanding dengan sekolah harian lain yang telah lebih dahulu cemerlang. Ikhlaskan usaha dengan niat murni memajukan diri, anak bangsa serta memakmurkan negara. Bersederhana serta berlapang dada dalam menangani apa jua isu dan permasalahan kita dan bertawakkal serta pasrah atas ketentuan dariNya… Aaminnn..

Sekian, terima kasih.