Mengenai

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang mula dibina pada 20 Oktober 1999 di atas tanah seluas 20 ekar dan siap dibina pada 19 Januari 2001. Kemudian, sekolah ini diserahkan oleh pihak pemaju kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada 23 November 2004 dan mula beroperasi pada 1 Januari 2005.

Sekolah ini dibina bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pelajaran di kawasan Kelibang dan Sungai Menghulu serta taman-taman perumahan yang berada di sekitarnya.

Lokasi sekolah ini terletak di kawasan tanah tinggi di Jalan Batu Asah, Mukim Kuah, Langkawi. Keseluruhan kos pembinaannya mencecah RM25,576,910.00. Justeru itu skolah ini cantik dang dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang boleh menjana perkembangan intelek pelajar.


 Kronologi Pembukaan SMK Kelibang

 23 November 2004 - Penyerahan tapak oleh PMC

28 November 2004 - Gotong-royong menyusun alatan dan membersihkan kawasan sekolah

13 Disember 2004 – Mesyuarat pembukaan sekolah

15 & 16 Disember 2004 - Penyusunan perabot

22 Disember 2004 - Mesyuarat Guru kali pertama

23 Disember 2004 - Pendaftaran pelajar/taklimat waris

2 Januari 2005 - Hari persekolahan sesi 2005 bermula


Visi

SMK Kelibang Cemerlang dalam Kurikulum, Kokurikulum dan Keperibadian Mulia menjelang 2015

 Misi

SMK Kelibang sentiasa berusaha untuk mewujudkan:
Kepimpinan cemerlang bagi melahirkan generasi gemilang
Menjana generasi berintelek sebagai sumber tenaga kepada negara
Menghasilkan pelajar yang perkasa dalam kurikulum serta memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara
Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah mulia
Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria

 Moto

Ilmu   |   Ikhlas   |   Berkat


Bendera Sekolah

Merah: Semangat waja dan komitmen tinggi warga SMK Kelibang dalam mengharungi cabaran menabur dan menuntut ilmu

Biru : Keharmonian, perpaduan dan kerjasama warga sekolah serta masyarakat setempat demi kemajuan agama, bangsa dan negara

Kuning: Patuh kepada perlembagaan negara dan pemerintah dalam menjalankan segala amanah yang diberi tanpa mengabaikan kreativiti warga sekolah


Lencana


Interpretasi Lambang

Helang: Lokasi sekolah di tempat yang tinggi dan helang sebagai simbol Pulau Lagenda Langkawi

Penerima Gelombang Satelit: SMK Kelibang menerima konsep globalisasi dan dunia tanpa sempadan

Buku: Ketinggian ilmu adalah lagenda utama sekolah

Roda: Sentiasa memupuk minat warga sekolah untuk sentiasa menghayati kemajuan teknologi semasa

Bintang 5 Bucu: Rukun Islam dan Rukun Negara yang di junjung tinggi

Bunga Padi: Kemakmuran dikecapi bersama-sama oleh warga sekolah


Lagu Sekolah

Persada Jaya

Bangunlah bangsaku
bangun warganegara
Tingkatkan minda pengetahuan ditimba
Perpaduan menjalinkan ukhwah sesama
Di sini era bermula

ICT penghubung dunia tanpa sempadan
Budi bahasa dan adabku pertahankan
Bimbinglah kami dengan penuh kesabaran
Di dunia penuh cabaran

SMK Kelibang nun dipersada jaya
Penuh rasa hormat mendukung cita-cita
Berdisiplin, bekerjasama
Untuk bangsa dan negara

Didiklah kami wahai guru yang tercinta
Pengorbananmu tersemat bangga dirasa
Persada jaya SMKK di persada
Berjaya terus berjaya