Maulidur Rasul…
Maulidur Rasul… avatar

Pada 7 Februari 2013 yang lalu, SMK Kelibang telah mengadakan sambutan maulidur rasul untuk menghargai perjuangan Rasulullah SAW. Sambutan ini disambut di dewan terbuka SMK Kelibang dan sambutan ini dimulakan dengan bacaan doa and ucapan alu-aluan oleh Cikgu Abd Talib bin Husain sebagai wakil sekolah.

Selepas sepatah dua kata-kata aluan, persembahan pembukaan oleh Persatuan Ulul Albab yang bernasyid. Selepas itu, beberapa orang pelajar mendeklamasikan sajak dan syair. Dua orang forum jemputan dari MRSM Langkawi dijemput memberikan ceramah dan nasihat kepada pelajar pelajar. Program ini disudahi dengan bacaan Alquran dan berselawat keatas nabi. Sambutan yang diterima sangat meriah.

Klik disini untuk melihat foto-foto pada Sambutan Maulidur Rasul tersebut.