Berinformasi..
Berinformasi.. avatar

Hari ini, tanggal 14 April 2012, SMK Kelibang telah mengadakan Bengkel Pengurusan Fail Panitia dan Pengurusan Stok. Bengkel ini dilaksanakan di peringkat dalaman. Dua orang guru kanan yang bertindak sebagai penceramah untuk tujuan ini ialah Pn. Azita binti Mohd Razali dan Pn. Halimaton bin Md. Zain. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengemaskini fail-fail panitia matapelajaran yang terdapat di sekolah. Selain daripada itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi makluman kepada guru-guru baru dan juga untuk memperingati semula tentang keperluan dan kepentingan mengemaskini fail-fail tersebut bagi guru-guru yang sudah berpengalaman.

Dalam bengkel yang sama, taklimat mengenai Pengurusan Stok juga diadakan. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Nor Azizan bin Hussain, selaku Pembantu Tadbir sekolah yang bertanggungjawab mengurus pembelian dan pengurusan stok untuk pihak sekolah. Sesi pembentangan disusuli dengan soal jawab dan perbincangan bagi memantapkan lagi pengurusan stok diperingkat sekolah.

Bengkel ini diakhiri dengan respon oleh Penolong Kanan Pentadbiran, iaitu Pn Sa’diah binti Abd Samad terhadap beberapa soalan yang ditimbulkan semasa bengkel berlangsung dan rumusan bengkel oleh Pengetua, Pn. Hjh. Azizah binti Othman.

Bengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan Stok

One thought on “Berinformasi..
Berinformasi.. avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *