Tahniah!..SPM 2017 Terbaik…
Tahniah!..SPM 2017 Terbaik… avatar

15 Mac 2018 (Khamis) – Keputusan SPM 2017 telah diumumkan. SMK Kelibang mencatat penguncupan  Gred Purata Sekolah  sebanyak 0.09 iaitu 5.60  berbanding tahun 2016 dengan GP 5.69.

Seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.  Antaranya ialah Lee Quan dari kelas 5 Sains Tulin, dengan 9A.  Diikuti dengan Tan Yn Chian juga dari 5 Sains Tulin, dengan keputusan 8A. Seterusnya Nur Shamimi Mohd Shamidi dari kelas Rekacipta, Adriana Balqis Azam dari kelas Sains Sosial 1 dan Kordad Lin dari kelas Prinsip Akaun dengan masing-masing mendapat keputusan 7A.

Secara keseluruhan keputusan adalah seperti berikut mengikut peratus lulus, Ekonomi, 67.8%; Matematik Tambahan, 70.0%; Sejarah, 74.2%; Perdagangan, 74.6%; Bahasa Inggeris, 75.1%; Pendidikan Moral 78.2%;  Matematik, 79.6%; ; Prinsip Akaun 82.1%; Pendidikan Islam, 84.8%; Sains, 87.1%; Bahasa Melayu, 88.8 %; Pendidikan Seni, 98.6%; sementara Geografi, Rekacipta, Fizik, Kimia, Biologi, dan Bahasa Cina, masing-masing dengan lulus 100%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *