Forum Perdana
Forum Perdana avatar

Sambutan Israk Mikraj telah berlangsung pada 28 Mei bertempat di Dewan Terbuka SMK Kelibang. Majlis dimulakan dengan bacaan tilawah Al-Quran yang diperdengarkan oleh saudara Mohd Shamil Khan . Acara-acara lain yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ialah forum perdana , kuiz dan persembahan nasyid. Ahli-ahli panel yang terlibat ialah saudara Syakir Farhan bin Shajeran selaku moderator, Ustaz Abdullah bin Ahmad, Ustaz Mohd Zaidi bin Abu Bakar dan Ustazah Mek Munah binti Ahmad dijemput untuk menyampaikan serba sedikit pengetahuan teNtang Israk dan Mikraj kepada murid-murid. Semua pelajar beragama Islam terlibat di dalam program ini. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar tentang peristiwa Israk Mikraj.

Klik disini untuk rakaman gambar pegun pada hari kejadian.