Hijau dan Ceria!
Hijau dan Ceria! avatar

Sabtu, 18 April 2015. Seawal  8.30 pagi, murid diberi taklimat oleh guru bertugas tentang aktiviti yang akan dijalankan. Ibu bapa turut dijemput hadir bersama-sama dalam program ini. Perkarangan kawasan sekolah dibahagikan kepada beberapa bahagian dan setiap bahagian ditugaskan kepada kumpulan yang terdiri daripada guru dan murid. Sementara itu, guru-guru tingkatan ditugaskan bersama sebahagian murid kelas mereka untuk membantu membersih dan menghias bilik darjah masing-masing.

Sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan, pelancaran Program Go Green telah disempurnakan oleh Pn Sa’Diah Abd Samad, Penolong Kanan Pentadbiran. Program ini bertujuan untuk menghijaukan kawasan sekitar sekolah. Program ini berjaya mengumpul anak-anak pokok yang dibawa oleh para murid dan guru.

Program pada hari tersebut disambung dengan slot ceramah kesihatan dan keselamatan. Bagi tujuan ini, penceramah luar dijemput untuk memberi ceramah. Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari sebelum murid bersurai.

Klik disini untuk rakaman gambar pegun pada hari kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.