Category Archives: Umum

PENGUMUMAN KEPADA PARA WARIS
PENGUMUMAN KEPADA PARA WARIS avatar

Untuk pengetahuan para waris murid-murid SMK Kelibang, sesi persekolahan 14 Februari 2017 (Selasa) akan tamat pada jam 2 petang. Sementara 15 Februari 2017 (Rabu) pada jam 1:20 petang. Ini bagi memberi laluan kepada aktiviti Sukantara yang akan dijalankan pada jam 3:30 petang. Kehadiran adalah WAJIB bagi semua murid. Harap maklum.

Perutusan Pengetua
Perutusan Pengetua avatar

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

ahmad-md-isa

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya maka laman rasmi SMK Kelibang ini dapat dibangunkan. Objektif utama penghasilan laman rasmi ini adalah untuk memberi maklumat kepada semua pihak terutamanya para ibubapa tentang aktiviti-aktiviti terkini pihak sekolah dalam usaha mencemerlangkan para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum, pembangunan sahsiah mahupun Kokurikulum. Harapan pihak sekolah agar dengan maklumat-maklumat yang terdapat dalam laman rasmi ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya ibubapa di atas kejayaan anak-anak mereka.

Merujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) diharapkan semua murid dapat menguasai semua aspirasi berkenaan iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran dwibahasa, kemahiran memimpin, etika kerohanian, identiti nasional. Untuk itu Laman Web ini berperanan partisipasi mereka secara maya dari aspek menyumbang karya dan maklumat berkaitan.

Fokus utama SMK Kelibang dalam tahun 2017 ini ialah untuk meningkatkan pencapaian guru dan pelajar dalam semua bidang selaras dengan Visi dan Misi sekolah ini. Sehubungan dengan itu komitmen dan kerserasian antara guru dan murid melalui motto baru sekolah iaitu Selangkah Sederap, Seiring Sebahu diharapkan akan menjadi pemangkin dan pemaju arah dengan lebih berkesan.

Akhir kata, saya menyeru semua guru dan pelajar untuk sama-sama kita sederap meneruskan perjuangan yang belum selesai ini dengan ikhlas dan berlandaskan prinsip Ubudiyah (Pengabdian terhadap Allah), Mas`uliah (sentiasa berwaspada dan bertanggung jawab ke atas apa yang dilakukan)  dan Itqan (melaksanakan sesuatu amal atau kerja dengan cara yang bersungguh-sungguh). Mudah-mudahan kerja buat kita diterima sebagai ibadah dan dapat menjayakan visi dan misi sekolah sepanjang masa, Insyaallah.

AHMAD BIN MD ISA
Pengetua
SMK Kelibang, Langkawi
29 Disember 2016

BADAN CERGAS, OTAK CERDAS
BADAN CERGAS, OTAK CERDAS avatar

Pada 21 January 2016 , Sekolah Menengah  Kebangsaan Kelibang telah mengadakan hari sukan Merentas Desa bagi peringkat sekolah untuk dipilih mewakili peringkat daerah, aktiviti ini turut terlibat para guru dan semua murid SMK Kelibang. Aktiviti ini telah bermula pada pukul 8.00 a.m  hingga 1.00 p.m dan telah diadakan di padang sekolah SMK Kelibang.

Bermula pada pukul 7.30 pagi, pelajar telah berkumpul di tapak perhimpunan untuk  dibahagikan kepada  kumpulan rumah sukan untuk memberikan reben mengikut warna rumah sukan, dalam pada masa itu pelajar  disuruh untuk mengambil gambar bersama ketua guru rumah sukan  untuk menjadi kenangan di tapak perhimpunan, sebelum pelajar diarahkan untuk turun ke padang  guru telah memberikan sedikit nasihat tentang keselamatan diri kepada pelajar SMK Kelibang. Pelajar telah diarahkan oleh ketua rumah sukan masing-masing  untuk membuat sedikit senaman bagi merenggangkan badan dan guru rumah sukan turut memberikan  kata- kata  semangat bagi pelajar SMK Kelibang, seterusnya pelajar  dilepaskan mengikut tingkatan masing-masing. Bagi memulakan aktiviti murid telah dikumpulkan di garisan permulaan mengikut tingkatan masing-masing,

Aktiviti Merentas Desa, diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua, iaitu Yusri bin Bappu, Puan Sa’diah, Tuan Haji Isham dan Puan Azita.

Klik disini untuk rakaman gambar pegun pada hari kejadian.

 

 

 

PERSADA 2014 Sedia untuk Edaran!
PERSADA 2014 Sedia untuk Edaran! avatar

Kepada semua pelajar dan juga bekas-bekas pelajar SMK Kelibang yang telah tamat pengajian atau telah berpindah kini boleh menuntut naskah Majalah PERSADA edisi 2014. Tuntutan ini cuma boleh dibuat bagi pelajar-pelajar yang telah membayar yuran bagi majalah tersebut. Di sini adalah pautan untuk memuat turun borang tuntutan majalah PERSADA oleh waris atau wakil bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah bagi tujuan itu.

Unit Majalah dan Sidang Redaksi ingin memohon maaf atas kelewatan yang tidak disengajakan ini. Sebagai ganti, kami menghasilkan yang terbaik untuk semua bagi edisi kali ini.

Sekian, terima kasih.

Bulat Air Kerana Pembetung…
Bulat Air Kerana Pembetung… avatar

Tanggal 28 Januari 2015 bertempat di Dewan Terbuka SMK Kelibang telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG SMK Kelibang kali yang ke-11 tahun 2015.  Majlis ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.02 petang.

Mesyuarat ini dijalankan bertujuan untuk membina kerjasama antara guru dengan ibu bapa dalam melahirkan insan yang cemerlang di samping memberi pemahaman kepada mereka berkenaan hal berkaitan program PIBG.  Mesyuarat kali ini telah dipengerusikan oleh     En. Yusri b. Bappu Pengetua SMK Kelibang.

Pada hari tersebut juga dijalankan Jualan Amal PIBG yang telah disumbangkan oleh guru dan waris murid SMK Kelibang.  Jualan tersebut bertujuan untuk menambahkan dana bagi tabung PIBG.  Pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang murah seperti pakaian dan aksesori set pinggan mangkuk barangan plastik dan sebagainya.  Jualan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada para guru dan ibu bapa yang hadir pada hari tersebut. Klik di sini untuk rakaman gambar hari kejadian.