Category Archives: Hal Ehwal Murid

Muka Baru!
Muka Baru! avatar

Pada 29 Disember 2015, SMK Kelibang telah mengadakan sesi Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2016. Hari pendaftaran ini juga dibuat untuk mendaftar semula tingkatan-tingkatan lain, iaitu Tingkatan 2, 3 dan 5. Hari pendaftaran  telah bermula seawal jam 8:30 pagi sehingga jam 11:30 pagi bertempat di kelas masing-masing. Pendaftaran ini dibuat bagi mengemaskini maklumat terkini murid baru dan lama.

Pada hari pendaftaran ini, semakkan maklumat murid dari borang-borang yang disediakan perlulah lengkap bagi melicinkan proses pendaftaran. Ia turut memudahkan rujukan pihak sekolah jika perlu. Pembelian keperluan persekolahan bagi setiap pelajar turut dibuat bagi melancarkan hari pertama persekolahan dengan persediaan awal.

Sesi orientasi dibuat pada hari berikutnya bagi murid-murid tingkatan satu. Pada hari yang sama pendaftaran murid-murid tingkatan 4. Sesi orientasi ini berjalan serentak bagi tingkatan 1 dan 4. Dalam sesi orientasi ini murid-murid diberikan taklimat secara ringkas mengenai sesi persekolahan yang akan ditempuhi. Guru yang bertugas juga menjelaskan mengenai peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar.

Murid-murid telah mendapat buku teks setelah selesai sesi orientasi sebelum mereka pulang mengikut bidang masing-masing. Sementara murid-murid tingkatan 1 pula mendapat buku teks mereka keesokan hari setelah sesi orientasi mereka tamat pada hari kedua.

Klik disini untuk rakaman gambar pegun pada hari kejadian.

Tak Kenal Maka Tak Cinta
Tak Kenal Maka Tak Cinta avatar

Program ini merupakan program orientasi yang dijalankan untuk murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 SMK Kelibang bagi tahun 2015.  Program yang dijalankan selama dua hari bermula 31 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015 (Rabu & Khamis) ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang.

Dijalankan di Dewan Terbuka SMK Kelibang program ini secara amnya bertujuan membantu murid menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran dan budaya serta warga di sekolah menengah yang memerlukan mereka untuk lebih berdikari.  Manakala bagi murid Tingkatan 4 pula program orientasi ini secara amnya dijalankan bertujuan mendedahkan mereka dengan pakej- pakej pengajian yang disediakan di samping membantu mereka membuat pilihan yang tepat.

Program orientasi ini disertai oleh seramai 244 orang murid Tingkatan 1 dan seramai 187 orang murid Tingkatan 4. Klik di sini untuk rakaman gambar program.

Freshie…
Freshie… avatar

SMK Kelibang telah mengadakan hari pendaftaran Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2015 pada 30hb Disember diikuti dengan hari Orientasi Tingkatan 1 pada hari berikutnya. Ini sebagai persediaan awal bagi melancarkan perjalanan sesi persekolahan tahun 2015, dimana diberi taklimat tentang tatacara dan peraturan-peraturan sekolah. Selain daripada itu, diberi penerangan mengenai perbezaan sekolah rendah dan menengah terutamanya mengenai matapelajaran yang akan dipelajari. Selain daripada itu, taklimat disiplin juga diberi supaya murid-murid lebih bersedia dengan peraturan-peraturan di sekolah. Seramai 185 orang murid telah mendaftar setakat 31hb. Disember 2014. Orientasi diakhiri dengan penyerahan buku teks kepada murid. Untuk rakaman gambar semasa aktiviti sedang berjalan, sila klik disini.

Disiplin Yang Utama
Disiplin Yang Utama avatar

Unit Disiplin SMK Kelibang telah mengadakan mesyuarat kali pertama sebagai persediaan persekolahan sesi 2015. Agenda mesyuarat berkaitan dengan laporan disiplin bagi sesi 2014 dan perancangan strategik Unit Disiplin dan juga Pengawas bagi sesi 2015. Selain daripada itu, mesyuarat turut membincangkan agihan tugas serta cadangan penambahbaikan dalam pengurusan disiplin. Turut serta dalam mensyuarat adalah Unit Bimbingan dan Kaunseling yang diwakili oleh Pn. Azian binti Ahmad. Unit Disiplin kini telah membuat sedikit penambahan dalam struktur organisasinya dengan melantik Pn. Azita binti Mohd Razali sebagai Penyelaras Disiplin bagi membantu melicinkan operasinya. Mesyuarat tamat pada jam 12 tengahari.

PERSADA 2013 telah sedia untuk edaran…
PERSADA 2013 telah sedia untuk edaran… avatar

PageLines- IMG_20141023_081236.jpgKepada semua pelajar dan juga bekas-bekas pelajar SMK Kelibang yang telah tamat pengajian atau telah berpindah kini boleh menuntut naskah Majalah PERSADA edisi 2013. Tuntutan ini cuma boleh dibuat bagi pelajar-pelajar yang telah membayar yuran bagi majalah tersebut. Di sini adalah pautan untuk memuat turun borang tuntutan majalah PERSADA oleh waris atau wakil bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah bagi tujuan itu.

Unit Majalah dan Sidang Redaksi ingin memohon maaf atas kelewatan yang tidak disengajakan ini. Sebagai ganti, kami menghasilkan yang terbaik untuk semua bagi edisi kali ini.

Sekian, terima kasih.

Sehijau Alam…..
Sehijau Alam….. avatar

Pada 3 Februari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kelibang telah melancarkan Program ‘My Beautiful Malaysia’ peringkat sekolah bersempena tahun kesukarelaan 2013 yang telah diiktiraf oleh Perdana Menteri semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 yang lalu. Sebanyak 200 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 yang memberi sumbangan berupa pokok-pokok dalam program ini. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar dengan melakukan kempen mesra alam dan penjagaan alam sekitar.

Program ini dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Sa’diah Binti Abdul Samad. Selepas perasmian yang diadakan pada jam 8.00 pagi, pelajar lelaki mula memasukkan tanah ke dalam beg poli manakala pelajar perempuan memasukkan anak pokok ke dalam beg tersebut. Selepas itu, mereka membawa dan menempatkan anak pokok di sekitar kawasan sekolah.

Diharapkan program sebegini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang  kerana impak yang dapat dilihat daripada program ini sudah semestinya setiap warga sekolah bertanggung jawab kepada persekitaran sekolah.

Program ini berakhir pada pukul 11.20 pagi dan para pelajar memulakan P&P seperti biasa.

 Klik disini untuk rakaman aktiviti yang dijalankan.

Daftar Awal!
Daftar Awal! avatar

Sempena pembukaan sesi baru persekolahan iaitu sesi 2013, SMK Kelibang telah mengambil inisiatif memulakan pendaftaran pelajar baru tingkatan satu pada 27 Disember 2012. Ini bagi membolehkan proses P&P berjalan lancar pada hari pertama sesi persekolahan 2013. Terdapat ibubapa serta waris telah hadir seawal 7 pagi bagi sesi pendaftaran tersebut. Kaunter-kaunter pendaftaran dibuka pada 8 pagi. Kumpulan pelajar yang terakhir mendaftar adalah hampir 2 petang. Jumlah keseluruhan pelajar yang mendaftar pada hari tersebut adalah lebih 200 orang pelajar.