Category Archives: Pentadbiran & Kurikulum

The Kellys Spartan @GeoVolunteer!
The Kellys Spartan @GeoVolunteer! avatar

  1. Program Geovolunteer

4 April 2018
‘Khas buat pejuang-pejuang SMK Kelibang’ atlet..jurulatih..jurukamera..

Satu satu program amal iaitu satu gotong-royong di Gua Cerita & Teluk Mempelam telah dijalankan untuk para atlit sekolah.

Selain daripada itu program tersebut juga melibatkan aktiviti jelajah berpandu ke Kilim Karst Geoforest Park, Fish Farm, , Gua Kelawar, Eagle watching, Kilim Pinnacle
dan juga makan tengahari yang ditaja oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Berikut adalah senarai pegawai pengiring yang terlibat sama dalam aktiviti : Mohamad Isham Saadon, Ruzaida Ismail, Vajravelu A/L Maniam, Mohamad Isham Saadon, Suhaimi Abdul Rahim, Rudy Izhwandy, Mohd Firdaus Rosli, Norafizah Salleh, Zulkarnain Harun, Noralisa..

Taklimat oleh tn hj Isham Pk kokurikulum
Taklimat keselamatan oleh tn Tunku Rudy Izhwandy

Peralatan gotong-royong

Meredah selut ke sisir pantai teluk mempelam
Tn hj Isham Pk kokurikulum juga turut serta
Membersihkan pantai
Hasil dari gotong-royong teluk mempelam & gua cerita
Makan tengahari yang disediakan oleh pihak LADA

 

Continue reading The Kellys Spartan @GeoVolunteer!

The Kellys Spartan @GeoVolunteer! avatar

SALOMON AkTION SERIES TUBA TRAIL RUN 2018
SALOMON AkTION SERIES TUBA TRAIL RUN 2018 avatar

Jom!!! Cabaran larian di Pulau Tuba

*Maklumat ini khas untuk untuk pelajar sahaja
4km: rm15 – Fun Run (baju & medal)
15km: rm35 – baju, medal & wang tunai(1st-5th place)

Pengangkutan feri dari jeti Kuah ke Pulau Tuba disediakan secara percuma oleh pihak penganjur

 

Maklumat lanjut sila hubungi Cikgu RuzaidaIsmail (012-4045064) @ wakil pihak penganjur Syammim Amiera(019-5520805)

Tarikh akhir pendaftaran: 01 April 2018

 

Tahniah!..SPM 2017 Terbaik…
Tahniah!..SPM 2017 Terbaik… avatar

15 Mac 2018 (Khamis) – Keputusan SPM 2017 telah diumumkan. SMK Kelibang mencatat penguncupan  Gred Purata Sekolah  sebanyak 0.09 iaitu 5.60  berbanding tahun 2016 dengan GP 5.69.

Seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.  Antaranya ialah Lee Quan dari kelas 5 Sains Tulin, dengan 9A.  Diikuti dengan Tan Yn Chian juga dari 5 Sains Tulin, dengan keputusan 8A. Seterusnya Nur Shamimi Mohd Shamidi dari kelas Rekacipta, Adriana Balqis Azam dari kelas Sains Sosial 1 dan Kordad Lin dari kelas Prinsip Akaun dengan masing-masing mendapat keputusan 7A.

Secara keseluruhan keputusan adalah seperti berikut mengikut peratus lulus, Ekonomi, 67.8%; Matematik Tambahan, 70.0%; Sejarah, 74.2%; Perdagangan, 74.6%; Bahasa Inggeris, 75.1%; Pendidikan Moral 78.2%;  Matematik, 79.6%; ; Prinsip Akaun 82.1%; Pendidikan Islam, 84.8%; Sains, 87.1%; Bahasa Melayu, 88.8 %; Pendidikan Seni, 98.6%; sementara Geografi, Rekacipta, Fizik, Kimia, Biologi, dan Bahasa Cina, masing-masing dengan lulus 100%.

 

 

Dialog Cemerlang
Dialog Cemerlang avatar

25 Januari 2018

Dialog ini dihadiri oleh calon-calon cemerlang SPM dan PT3 2018.  Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua, Tn. Hj Ahmad bin Md Isa.  Seterusnya pembentangan TOV dan ETR bagi calon-calon terbabit oleh PK Pentadbiran Pn. Sa’diah Abdul Samad.  Sebelum majlis berakhir para waris diberi peluang untuk berkongsi pendapat dan pandangan dengan pihak sekolah tentang program-program kecemerlangan anak-anak mereka.. Semoga kecemerlangan menjadi milik kita bersama…. amin…

Forum Perdana
Forum Perdana avatar

Sambutan Israk Mikraj telah berlangsung pada 28 Mei bertempat di Dewan Terbuka SMK Kelibang. Majlis dimulakan dengan bacaan tilawah Al-Quran yang diperdengarkan oleh saudara Mohd Shamil Khan . Acara-acara lain yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ialah forum perdana , kuiz dan persembahan nasyid. Ahli-ahli panel yang terlibat ialah saudara Syakir Farhan bin Shajeran selaku moderator, Ustaz Abdullah bin Ahmad, Ustaz Mohd Zaidi bin Abu Bakar dan Ustazah Mek Munah binti Ahmad dijemput untuk menyampaikan serba sedikit pengetahuan teNtang Israk dan Mikraj kepada murid-murid. Semua pelajar beragama Islam terlibat di dalam program ini. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan peringkat awal kepada pelajar tentang peristiwa Israk Mikraj.

Klik disini untuk rakaman gambar pegun pada hari kejadian.