Category Archives: Kelab Staf

Bersatu Teguh Bercerai Roboh..
Bersatu Teguh Bercerai Roboh.. avatar

Program pengukuhan ukhwah dan silaturrahim ini telah dijalankan pada 31 Januari 2015 (Sabtu) bertempat di Taman Lagenda Langkawi.  Aktiviti yang disertai oleh semua guru dan staf SMK Kelibang ini secara amnya bertujuan melahirkan warga kerja yang mampu menyelesaikan tugasan dengan  profesional dan minda serta fizikal yang kuat di samping mengamalkan prinsip kerja berpasukan.

Program yang dimulakan dengan sarapan pagi pada jam 7.00 pagi ini mengandungi 3 akktiviti LDK.  LDK yang pertama ialah komunikasi berkesan dan aktiviti LDK diteruskan lagi dengan aktiviti yang kedua iaitu sukantara.  Setelah itu program ini ditamatkan dengan aktiviti LDK yang ketiga iaitu persembahan berkumpulan.

Program yang berakhir hampir jam 1.00 petang ini menyaksikan guru- guru dari kumpulan biru menjadi juara.  Walau bagaimanapun perkara paling penting yang dapat disingkap melalui program ini ialah betapa pentingnya untuk kita sentiasa bersatu dalam menghadapi apa jua cabaran dan sentiasa bersedia dari aspek mental dan fizikal agar dapat bersama- sama merealisasikan impian. Untuk rakaman gambar aktiviti, klik disini.

Hari Keluarga….Best!
Hari Keluarga….Best! avatar

Sempena minggu terakhir sesi persekolahan 2012, Kelab Staf SMK Kelibang telah menganjurkan satu program Hari Keluarga untuk kakitangannya. Program yang bertempat Pantai Pasir Tengkorak, bermula seawal 8 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan untuk anak-anak staf SMK Kelibang dan juga staf SMK Kelibang sendiri. Makan pagi dibuat secara “potluck’ yang mana ianya satu kebiasaan bagi warga SMK Kelibang dan BBQ untuk makan tengah hari. Program ditamatkan dengan acara pemberian hadiah pada semua warga SMK Kelibang dan juga anak-anak mereka.

Hari Keluarga SMK Kelibang 2012Hari Keluarga SMK Kelibang 2012Hari Keluarga SMK Kelibang 2012Hari Keluarga SMK Kelibang 2012Hari Keluarga SMK Kelibang 2012Hari Keluarga SMK Kelibang 2012

Untuk melihat lebih rakaman aktiviti sila klik disini.

Berinformasi..
Berinformasi.. avatar

Hari ini, tanggal 14 April 2012, SMK Kelibang telah mengadakan Bengkel Pengurusan Fail Panitia dan Pengurusan Stok. Bengkel ini dilaksanakan di peringkat dalaman. Dua orang guru kanan yang bertindak sebagai penceramah untuk tujuan ini ialah Pn. Azita binti Mohd Razali dan Pn. Halimaton bin Md. Zain. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mengemaskini fail-fail panitia matapelajaran yang terdapat di sekolah. Selain daripada itu, bengkel ini juga bertujuan untuk memberi makluman kepada guru-guru baru dan juga untuk memperingati semula tentang keperluan dan kepentingan mengemaskini fail-fail tersebut bagi guru-guru yang sudah berpengalaman.

Dalam bengkel yang sama, taklimat mengenai Pengurusan Stok juga diadakan. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Nor Azizan bin Hussain, selaku Pembantu Tadbir sekolah yang bertanggungjawab mengurus pembelian dan pengurusan stok untuk pihak sekolah. Sesi pembentangan disusuli dengan soal jawab dan perbincangan bagi memantapkan lagi pengurusan stok diperingkat sekolah.

Bengkel ini diakhiri dengan respon oleh Penolong Kanan Pentadbiran, iaitu Pn Sa’diah binti Abd Samad terhadap beberapa soalan yang ditimbulkan semasa bengkel berlangsung dan rumusan bengkel oleh Pengetua, Pn. Hjh. Azizah binti Othman.

Bengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan StokBengkel Pengurusan Fail Panitia & Pengurusan Stok