Category Archives: Bidang Bahasa

‘Bahasa oh Bahasa’
‘Bahasa oh Bahasa’ avatar

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu satu Majlis Pelancaran Karnival MBMMBI telah diadakan pada pagi tadi dengan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Kelibang Puan Hajjah Azizah Bt Othman. Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan daripada Guru Kanan Bahasa SMK Kelibang Pn Azita Bt Mohd Razali.

Persembahan drama ringkas oleh pelajar-pelajar tingkatan tiga , Choral Speaking’ dan deklamasi sajak turut mendapat perhatian warga sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Panitia Bahasa Malaysia dan Panitia Bahasa Inggeris sepanjang Karnival MBMMBI ini.

Semoga dengan berlangsungnya Karnival ini akan dapat memartabat dan memperkukuhkan kedua-dua bahasa ini….