Category Archives: Pendidikan Khas

Etika di Meja Makan
Etika di Meja Makan avatar

Pada 22 April yang lalu, pelajar pendidikan khas bersama dengan guru telah menghadiri satu  kursus di Kolej Komuniti, Jalan Pantai Chenang yang bertajuk “Etika di Meja Makan”. Di sana kami telah diajar untuk mengenal peralatan yang diletakkan dia atas meja dan diajar untuk menggunakan setiap peralatan itu dengan betul semasa menjamu makan di meja makan. Selain itu juga, kami diperkenalkan dengan beberapa jenis lipatan napkin dan ditunjukcara juga untuk melipat lipatan napkin tersebut. Bahagian yang paling “best” sekali ialah semasa latihan praktikal untuk mempraktikkan etika yang telah diajar di meja makan dengan makanan yang telah disediakan. Memang sangat sedap makanan yg telah dihidangkan itu……