All posts by NOR FAIZAH BINTI ISMAIL

Tahniah!..SPM 2017 Terbaik…
Tahniah!..SPM 2017 Terbaik… avatar

15 Mac 2018 (Khamis) – Keputusan SPM 2017 telah diumumkan. SMK Kelibang mencatat penguncupan  Gred Purata Sekolah  sebanyak 0.09 iaitu 5.60  berbanding tahun 2016 dengan GP 5.69.

Seramai 5 orang pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.  Antaranya ialah Lee Quan dari kelas 5 Sains Tulin, dengan 9A.  Diikuti dengan Tan Yn Chian juga dari 5 Sains Tulin, dengan keputusan 8A. Seterusnya Nur Shamimi Mohd Shamidi dari kelas Rekacipta, Adriana Balqis Azam dari kelas Sains Sosial 1 dan Kordad Lin dari kelas Prinsip Akaun dengan masing-masing mendapat keputusan 7A.

Secara keseluruhan keputusan adalah seperti berikut mengikut peratus lulus, Ekonomi, 67.8%; Matematik Tambahan, 70.0%; Sejarah, 74.2%; Perdagangan, 74.6%; Bahasa Inggeris, 75.1%; Pendidikan Moral 78.2%;  Matematik, 79.6%; ; Prinsip Akaun 82.1%; Pendidikan Islam, 84.8%; Sains, 87.1%; Bahasa Melayu, 88.8 %; Pendidikan Seni, 98.6%; sementara Geografi, Rekacipta, Fizik, Kimia, Biologi, dan Bahasa Cina, masing-masing dengan lulus 100%.

 

 

Alhamdulillah! 4 tahun…
Alhamdulillah! 4 tahun… avatar

10/3/2018 (Sabtu) bertempat di SMK Tunku Putra telah diadakan Karnival Dakwah Peringkat Daerah. Peserta Syarahan Agama Lelaki, Danish Haiqal Shajehan (3BT1) dari SMK Kelibang telah mendapat tempat pertama dalam acara tersebut dan sekaligus SMK Kelibang telah memegang Johan Syarahan Lelaki selama 4 tahun berturut-turut.

Acara lain yang yang dimenangi ialah Syarahan Agama Perempuan, Nur Anis Zafirah (5ST) telah mendapat naib johan manakala peserta khat perempuan Anis Najibah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut.

Semoga segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dapat meningkatkan lagi mutu dan kualiti peserta dari

SMK Kelibang.