All posts by Haryanti Musa

Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah
Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah avatar

Pada 4 April 2013 bersamaan dengan 23  Jamadilawal 1434 telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Islam Peringkat Langkawi yang telah diadakan di SMK Kedawang. dengan bertemakan “Al-Quran Penjana Wasatiyyah Ummah”. Pelbagai acara telah dipertandingkan termasuklah nasyid, azan, syarahan, tilawah Al-quran, hafazan, kuiz Pendidikan Islam dan tulisan khat..

Nur Farhanah bt Sharudin dari tingkatan 3 BT1 yang mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan telah menjadi Johan manakala Mohd Fahmi b. Mohd Fauzi dari tingkatan 5RC telah mendapat tempat ketiga kategori lelaki dalam pertandingan yang sama.

Fathin Hani bt Azizul Rahim yang menyertai pertandingan tulisan khat telah mendapat tempat ke-2. Manakala Mohd Alif Ikmal b. Nasroh dari tingkatan 1 Wira pula telah menduduki tempat ke-3 dalam acara Tilawah Al-Quran.

Sila klik disini untuk melihat sebahagian karnival tersebut.

Kekecewaan Lampau Terubat Jua….
Kekecewaan Lampau Terubat Jua…. avatar

Pasukan bola jaring bawah 18 tahun sekadar berpuas hati untuk meraih tempat ke tiga setelah kecundang dengan jaringan 10 – 4 kepada SMK Tunku Putra pada saingan separuh akhir pertama yang berlangsung di Dewan Futsal Kompleks Sukan LADA pada 17 Mac yang lalu.

Walaupun hanya sekadar tempat ke tiga, permainan yang ditunjukkan oleh anak didik Pn Amira beserta guru-guru seangkatannya haruslah dibanggakan. Pasukan ini memberi saingan sengit pada peringkat kumpulan di mana menang ke tiga-tiga perlawanan dalam kumpulan A dengan MRSM, Maktab Mahmud dan SMK Ayer Hangat dan muncul sebagai johan kumpulan.

Bagi pasukan bawah 15 tahun yang bertanding pada 18 Mac 2013, gagal memenangi saringan peringkat kumpulan bersama-sama SMK Mahsuri dan MRSM setelah tewas 2-6 dan 1-8. Pemain-pemain muda Kelibang terpaksa akur walaupun telah berusaha sehabis baik untuk memenangi perlawanan.

Sila klik disini untuk melihat sebahagian kejohanan tersebut.

FotoMania………
FotoMania……… avatar

Makmal Komputer SMK Kelibang telah menyaksikan seramai 7 orang pelajar dan 2 orang guru menghadiri Kursus Asas Fotografi I pada 11 April 2012 yang lalu. Kursus ini telah dianjurkan oleh Kelab Multimedia yang dikendalikan oleh Cikgu T. Rudy Izhwandy b. T. Abd Hamid. Kursus yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik penggunaan dan pengendalian kamera Digital SLR yang betul.

Antara kandungan kursus  ialah teknik mengendalikan kamera Digital SLR, cara menggunakan mode manual dengan memahami apa itu ISO, APERTURE & SHUTTER SPEED, memahami kedudukan subjek yang sesuai di dalam gambar dan juga memahami asas penggunaan cahaya, seperti Front Light, Back Light dan Side Light.

Semoga kursus tersebut dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu fotografi kepada  peserta yang mengikutinya. Diharapkan kursus sebegini akan dianjurkan lagi pada masa akan datang……..

Bengkel Asas FotografiBengkel Asas FotografiBengkel Asas FotografiBengkel Asas FotografiBengkel Asas FotografiBengkel Asas FotografiBengkel Asas FotografiBengkel Asas Fotografi

Harapan Musnah!!
Harapan Musnah!! avatar

Harapan untuk melihat pasukan bola baling lelaki bawah 18 tahun mara ke pusingan akhir sekaligus merebut gelaran juara musnah apabila pasukan kita tewas pada pusingan separuh akhir menentang pasukan SMK Ayer Hangat dengan jaringan penalti 2 berbalas 1 pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri pada 5 April yang lalu.

Kedua-dua pasukan memberi saingan yang cukup sengit apabila masa berakhir dengan jaringan sama oleh ke dua-dua pasukan. Masa tambahan yang diberikan tamat juga dengan jaringan yang sama iaitu 6-6. Sorakan penyokong yang membanjiri dewan tersebut menaikkan lagi semangat para pemain. Namun begitu, pasukan SMK Kelibang terpaksa akur apabila tewas dengan jaringan penalti 2-1.

Dengan kekalahan itu, pasukan SMK Kelibang mendapat tempat ke 3 bersama dengan SM Teknik.

Pada perlawanan pertama menentang SMK Tunku Putra, pasukan kita hanya mampu seri 1-1 dengan jaringan tunggal oleh Mohd Hafizi Halim.

Perlawanan kedua berakhir dengan kekecewaan apabila tewas 6-4 di tangan MRSM Langkawi.

Walaupun hanya mendapat tempat ke 3, barisan pemain SMK Kelibang mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan dan memberi saingan yang cukup sengit kepada pihak lawan. Tahniah diucapkan kepada para pemain dan semoga kekecewaan ini dapat ditebus pada tahun hadapan.