All posts by HALIMATON BT MD ZAIN

“A” dalam genggaman…
“A” dalam genggaman… avatar

Pada hari ini tanggal 25 Jun 2012…sedang berlangsungnya Program Skor A bagi pelajar tingkatan 3 yang terpilih di Twin Peaks Island Resort. Seramai 43 peserta telah dipilih untuk menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 Jun dan 26 Jun 2012. seperti yang telah kita sedia maklum, tidak semua pelajar bersedia menghadapi peperiksaan PMR. kekuatan mental dan emosi ( semangat dan motivasi) serta teknik menjawab soalan perlu ada pada setiap pelajar agar mereka yakin dalam menempuh PMR 2012. sehubungan dengan itu, pihak Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK), pihak pengurusan & pentadbiran serta guru-guru bersepakat untuk mengadakan program ini. bagi pelajar PMR, fokus matapelajaran ialah Sains, Matematik, Sejarah dan bahasa Inggeris. terdapat juga panitia yang menjemput penceramah luar untuk memberi taklimat teknik menjawab soalan. tahniah diucapkan kepada semua panitia yang terlibat dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program ini. semoga usaha kita akan membuahkan hasil yang positif dan dapat meralisasikan motto ” Ke Arah PMR 100% Lulus”…..InsyaAllah……..

Bermanfaat!
Bermanfaat! avatar

Satu program  telah dijalankan pada 19 Jun 2012 dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang di PPD Langkawi. Program tersebut adalah Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid. Program ini dijalankan serentak di seluruh Negeri Kedah pada waktu dan tarikh yang sama. 10 orang peserta dari SMK Kelibang telah menyertai program ini. Program ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran melakukan perubahan sikap dan tingkahlaku bagi membangunkan potensi diri secara menyeluruh.

Kembali ke Sekolah…
Kembali ke Sekolah… avatar

Program Kembali ke Sekolah adalah satu program yang dijalankan di PPD Langkawi pada 12 Jun 2012, jam 7.30pagi hingga 5.00petang.  Peserta dipilih berdasarkan beberapa kriteria tertentu yang telah ditentukan oleh JPN Kedah. Seramai 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan telah dipilih untuk Program Kembali ke Sekolah Peringkat Negeri Kedah ini. Walaupun program ini berjalan di PPD Langkawi, tetapi sebenarnya program ini berjalan serentak di seluruh Negeri Kedah. Guru yang terlibat sebagai fasilitator dalam program ini ialah Pn Azian Ahmad, Pn Puspaliza Mat Khir dan 8 orang lagi guru kaunseling seluruh Daerah Langkawi. Tahniah diucapkan…….


Kem BISAFA
Kem BISAFA avatar

Kem BIsafa – Bina Sahsiah & Fardhu Ain telah dijalankan pada 19 hingga 20 April 2012. Kem ini  bermatlamat untuk membentuk jati diri remaja yang terdiri daripada pelajar perempuan yang lebih bermaruah dan mempunyai keimanan dan harga diri,

Iman juga boleh didefinisikan sebagai kepercayaan yang tertanam di lubuk hati dengan penuh keyakinan tanpa syak dan ragu. Imanlah yang mempengaruhi pandangan hidup, perilaku dan amalan seseorang. Lidahnya mengucapkan syahadah, hatinya mengakui dan anggota badannya membuktikan dalam bentuk tingkah laku. Taqwa pula merupakan satu istilah yang mempunyai pengertian yang amat luas. Andainya iman itu dijiwai oleh taqwa baharulah sempurna keislaman seseorang dalam erti kata yang sebenarnya. Justeru, memang sewajarnya iman dan taqwa menjadi asas jati diri muslimah kerana melalui iman dan taqwalah akan terbentuknya keperibadian unggul seseorang muslim yang dapat mengawal diri daripada azab api neraka dengan mengerjakan suruhan Allah swt dan meninggalkan larangannya.

Sepanjang kem ini peserta didedahkan dengan ilmu-ilmu asas agama Islam seperti solat, bacaan dalam solat, mandi wajib, semangat sepasukan dan sebagainya. Majlis penutup program ini menjadi istimewa apabila ramai waris yang sudi hadir untuk menjayakan slot terakhir. Akhir kata, terima kasih kepada semua Ajk yang terlibat dan tahniah kepada semua peserta.

ELITE-C Berjaya!
ELITE-C Berjaya! avatar

Excellent Leadership Intellectual Team  Camp (ELITE – C) juga dikenali sebagai Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas pusat Sumber SM Kelibang 2012. Kem ini dijalankan 3 hari 2 malam. Dengan bantuan tenaga guru hampir 50 orang dan 10 orang fasilitator (pelajar) kem ini berjalan dengan sempurna dan berjaya. Bermula dari 23 februari 2012 (Khamis), peserta mendaftarkan diri di dewan terbuka diikuti dengan modul Ice Breaking, LDK 1 – Main Duit & Who Am I, LDK 2 – Pulau Impian, LDK 3 – Sebesar A4, LDK 4 – 7 Perhentian, LDK 5 – Post Mortem & Diod Triod, LDK 6 – Khabar Angin & Mat Rempit, LDK 7 – Si Buta Sayang, Aerobik, Sembahyang Berjemaah 5 Waktu, Tazkirah Maghrib, Kuliah Subuh dan Subconscious . Diharap kem ini dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan mempunyai arsetif diri.

Apa yang menarik di dalam kem ini ialah secara tidak langsung terjalinnya semangat berpasukan antara pelajar dan juga semangat kekeluargaan antara guru-guru SMK Kelibang. Pengetua sangat berpuas hati dengan kem ini dan telah meluluskan permohonan agar kem ini dijadikan LDP kepada guru yang mengurus kem ini. Alhamdulillah…..amin…

Kem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan PengawasKem Kepimpinan Pengawas

 

Dadah Durjana
Dadah Durjana avatar

Bulan Antidadah telah berlalu. Setiap tahun seluruh sekolah di Malaysia akan melancarkan pelbagai aktiviti sempena Bulan Antidadah. Tidak ketinggalan juga SMK Kelibang pada tahun ini telah melaksanakan pelbagai aktiviti menarik dan berinformasi. Objektif Bulan Antidadah adalah memberi pendedahan kepada semua pelajar dan guru tentang bahayanya dadah. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah 5 minit antidadah, Ceramah Antidadah oleh Cikgu Rudy (PEMADAM), Pop Kuiz, Ceramah Remaja dan Kesalahan Lalulintas (wakil PDRM), Ceramah Remaja dan Jenayah (wakil Jabatan Koreksional Langkawi), Tayangan Video Gambar (Tersasar Di Jalan Mu), Pertandingan Mewarna Poster Antidadah, Pertandingan Teka Silang Kata Antidadah dan Hebahan Maklumat. SMK Kelibang telah membuat Perasmian Bulan Antidadah pada pagi Ahad bersamaan 18 Mac 2012. Program ini berakhir pada 25 Mac 2012. Sepanjang program ini pelajar juga akan menyanyikan lagu Dadah Durjana pada setiap pagi. Terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang telah memberi komitmen yang baik kepada program ini.

“kami anti dadah…kami benci padamu…sekutu kita perangi dadah…mulia bangsa tanpa…”

Hari Pelancaran Bulan Anti Dadah 2012Hari Pelancaran Bulan Anti Dadah 2012Hari Pelancaran Bulan Anti Dadah 2012Hari Pelancaran Bulan Anti Dadah 2012Hari Pelancaran Bulan Anti Dadah 2012

‘Bahasa oh Bahasa’
‘Bahasa oh Bahasa’ avatar

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sehubungan dengan itu satu Majlis Pelancaran Karnival MBMMBI telah diadakan pada pagi tadi dengan dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Kelibang Puan Hajjah Azizah Bt Othman. Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan daripada Guru Kanan Bahasa SMK Kelibang Pn Azita Bt Mohd Razali.

Persembahan drama ringkas oleh pelajar-pelajar tingkatan tiga , Choral Speaking’ dan deklamasi sajak turut mendapat perhatian warga sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Panitia Bahasa Malaysia dan Panitia Bahasa Inggeris sepanjang Karnival MBMMBI ini.

Semoga dengan berlangsungnya Karnival ini akan dapat memartabat dan memperkukuhkan kedua-dua bahasa ini….