Pengumuman
Pengumuman avatar

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pelanggan

Hari: Khamis
Tarikh: 27 Jun 2019. 
Masa: 10. 20 – 12. 40 tgh hari. 
Tempat: Dewan Imtiyaz SMK Kelibang. 
Pakaian: Baju Raya (sopan)

Hari Pelanggan : 12. 40 – 2. 00 ptg. 
Tempat: Kelas 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada kami Warga SMK Kelibang.

Terima kasih YB!
Terima kasih YB! avatar

Pada 8 Januari 2019, YB Johari bin Bulat telah membuat lawatan rasmi ke SMK Kelibang. Lawatan beliau adalah meninjau kemudahan dan khidmat sekolah terhadap masyarakat setempat. Dalam pertemuan dengan pentadbir sekolah, beliau turut bertanya tentang pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum serta hal ehwal murid. Pertemuan ini turut disertai oleh Timbalan PPD Langkawi, Tn. Hj. Mohd Kamal.

Dalam lawatan ini, YB telah melawat kelas aliran perdana dan juga kelas pendidikan khas serta bilik guru. Disamping itu, YB yang juga bekas guru sempat beramah mesra dengan rakan-rakannya yang masih berkhidmat. YB turut bertanyakan masalah-masalah yang dihadapi pihak sekolah dan bagaimana beliau dapat membantu.

YB telah menamatkan lawatan pada jam 11.20 pagi untuk memberi ruang kepada sekolah meneruskan urusan harian. Pihak sekolah berterima kasih atas kehadiran YB ke sekolah dan berharap kunjungan YB pada masa akan hadapan.

The Kellys Spartan @GeoVolunteer!
The Kellys Spartan @GeoVolunteer! avatar

  1. Program Geovolunteer

4 April 2018
‘Khas buat pejuang-pejuang SMK Kelibang’ atlet..jurulatih..jurukamera..

Satu satu program amal iaitu satu gotong-royong di Gua Cerita & Teluk Mempelam telah dijalankan untuk para atlit sekolah.

Selain daripada itu program tersebut juga melibatkan aktiviti jelajah berpandu ke Kilim Karst Geoforest Park, Fish Farm, , Gua Kelawar, Eagle watching, Kilim Pinnacle
dan juga makan tengahari yang ditaja oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Berikut adalah senarai pegawai pengiring yang terlibat sama dalam aktiviti : Mohamad Isham Saadon, Ruzaida Ismail, Vajravelu A/L Maniam, Mohamad Isham Saadon, Suhaimi Abdul Rahim, Rudy Izhwandy, Mohd Firdaus Rosli, Norafizah Salleh, Zulkarnain Harun, Noralisa.

Continue reading The Kellys Spartan @GeoVolunteer!

The Kellys Spartan @GeoVolunteer! avatar

Ilmu | Ikhlas | Berkat